|
»»ஐBeza Orang Positif VS Orang Negatifஐ««
Sunday, July 08, 2012 | 12:31 AM | 0 comments
hari neh dyana nak share sikit satu notes yang dyana dapat dari facebook , smoga berguna buat renungan kita bersama . InsyaAllah :) Orang Positif selalu jadi sebahagian dari jawapan; Orang negatif selalu jadi sebahagian dari masalah. Orang Positif selalu mempunyai perancangan; Orang negatif selalu mempunyai kambing hitam. Orang Positif selalu berkata, “Biarkan saya yang mengerjakannya untuk anda”; Orang negatif selalu berkata, “Itu bukan pekerjaan saya”; Orang Positif selalu melihat jawapan dalam setiap masalah; Orang negatif selalu melihat masalah dalam setiap jawapan. Orang Positif selalu berkata, “itu memang sukar, tapi kemungkinan boleh”; Orang negatif selalu berkata, “Itu mungkin boleh, tapi terlalu sukar”. Semasa Orang Positif melakukan kesalahan, dia berkata, “saya salah”; Semasa Orang negatif melakukan kesalahan, dia berkata, “itu bukan salah saya”. Orang Positif membuat komitmen-komitmen; Orang negatif membuat janji-janji. Orang Positif mempunyai impian-impian; Orang negatif mempunyai tipu muslihat. Orang Positif berkata, “Saya harus melakukan sesuatu”; Orang negatif berkata, “Harus ada yang dilakukan”. Orang POSITIF akan berkata "Post ini sudah lama tapi masih style untuk direpost" Orang NEGATIF akan berkata "Post ini lame.. dah lame taw la" SO dimana kedudukan anda sekarang?(^_~) renungan bersama ~ wallahualam :) |